Sunday, July 4, 2010

PROGRAM KOMUNITI PENYAYANG

PROGRAM KOMUNITI PENYAYANG

AJK PROGRAM KOMUNITI PENYAYANG




Program Komuniti Penyayang adalah merupakan salah satu program masyarakat prihatin yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Chenderoh bersama sekolah pendidikan khas iaitu Sekolah Kebangsaan Jenalik, Sekolah Kebangsaan Kampung Nasib dan Sekolah Kebangsaan Syeikh Idris Al Marbawi. Program ini dilaksanakan pada 23 Jun 2010 di Padang Sekolah Kebangsaan Kampung Nasib. Seramai 83 orang pelajar sekolah menyertai program ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah senamrobik, sukaneka,pertandingan seramik,pertandingan mewarna, futsal serta pameran hasil kerja sekolah-sekolah.

Program ini adalah kesinambungan daripada kursus-kursus yang dihadiri oleh pelajar-pelajar pendidikan khas di Kolej Komuniti Chenderoh. Antara kursus-kursus yang dihadiri oleh pelajar pendidikan khas adalah seperti kursus seramik, kraftangan, komputer, jahitan dan bermacam-macam lagi.
Acara sukaneka
Pertandingan melukis
Pertandingan Futsal
Pertandingan Seramik
Senamrobik


Program ini dirasmikan oleh Tn Hj Ibrahim Bin Alla Pitchay, Ketua Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat, KKCP. Turut dihadiri ialah Tn Haji Wahab, Ketua Penyelidik KKCP, Pengetua Sekolah Kebangsaan Kampung Nasib, PK HEM Sekolah Kebangsaan Syeikh Idris Al marbawi dan wakil dari jabatan pendidikan khas.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada AJK2 program yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Tak lupa juga kepada cikgu2 sekolah yang turut sama bekerja keras.Jasa kalian semua tak akan ku lupakan....


No comments:

Post a Comment