Sunday, August 8, 2010

KURSUS ASAS SOLEKAN

Kursus Asas Solekan ini diadakan pada Mei 2010.Tenaga pengajar adalah Pn Rohani dari Anney Beauty @ Spa, Kuala kangsar. Beliau merupakan seorang jurusolek profesional terlatih. Peserta kursus adalah terdiri daripada Staf KKCP, Staf dari Kolej Islam Darul Ridzuan dan Pejabat Kesihatan Kuala Kangsar.




Kursus ini adalah bertujuan untuk memberi pengetahuan asas mengenai solekan kepada peserta. Kandungan kursus adalah mengenai solekan pada waktu siang dan malam.Peserta juga di beri peluang menyolek diri sendiri mengikut isi pengajaran yang dipelajari.




Peserta sedang melihat demo dari tenaga pengajar



Tuesday, July 13, 2010

KURSUS ETIKA SOSIAL


Peserta Kursus Etika Sosial

Kursus Etika Sosial diadakan di Kolej Komuniti Chenderoh pada 03 Julai 2010. Peserta kursus ini terdiri daripada 43 orang pengawas sekolah dan guru dari Sekolah Menengah Doktor Megat Khas, Ipoh.Tenaga pengajar kami yang bertauliah iaitu En Arsyad Bin Osman dari Kolej Komuniti Chenderoh.Beliau mempunyai banyak pengalaman dalam bidang Hotel dan Katering.



Diantara latihan yang diberikan di dalam kursus

Kandungan kursus adalah mengenai etika berpakaian, etika di meja makan, cara makan yang betul dan lain-lain lagi.Pelajar diberi latihan amali cara mengatur susun atur pinggan di meja makan.



Pelajar dilatih di dalam kursus





Pelajar tekun mengikuti kursus

Thursday, July 8, 2010

KAMI MENAWARKAN PELBAGAI JENIS KURSUS

Kolej Komuniti Chenderoh menawarkan kursus-kursus:

PROGRAM HOTEL DAN KATERING

MASAKAN BARAT

1.CHICKEN CHOP- RM25
2.FISH & CHIP - RM25
3.ROASTED CHICKEN - RM25
4.SOUP-MUSHROOM,SAYUR DAN TOMATO - RM25
5.SPAGETHI & LASAGNA - RM35

MASAKAN TIMUR

1. SET NASI BERIANI - RM20
2. NASI AYAM MADU - RM25
3. MASAKAN MEE-BANDUNG & HAILAM - RM20
4. LAKSA PENANG & LAKSAM - RM20

BISKUT

1. ANEKA JENIS BISKUT-3 JENIS - RM40


ROTI


1. ASAS ROTI - RM25
2. PIZZA & DONUT - RM25

PASTRI

1. TART & PIE - RM25
2. CHOUX & SARDINE ROLL - RM25

KEK

1. CAKE-CHEESE, BROWNIES, MARBLE,FRUIT, CARROT & POTATO (PILIH 2 SHJ)- RM35
2. PANDAN LAYER & MUFFIN - RM35
3. HIASAN KEK & ISISNG -2 JENIS - RM60
4. MEMBUAT DAN MENGHIAS KEK- 2 JENIS - RM70

UKIRAN BUAH & SAYURAN

1. UKIRAN BUAH - RM25
2. UKIRAN SAYURAN - RM20

PENGHASILAN PRODUK BERASASKAN SOYA

1. PRODUK SOYA - CINCAU, TAU FU FA DAN AIR SOYA - RM25
2. YONG TAU FU - RM30

Wednesday, July 7, 2010

KURSUS ASAS KOMPUTER-MIC.POWER POINT


Kursus Asas Komputer Power Point ini diadakan pada 07 Julai 2010. Seramai 26 orang pelajar pendidikan khas dari Sekolah Menengah Temenggong menyertainya. Tenaga pengajar kursus ini adalah Pn Maisarah Bt Ismail dan penyelaras kursus adalah En Mohamad Mursyeed Bin Ramli.Kursus ini diadakan selama 2 jam dan 3 kali sesi. Pelajar diajar Mic. Word, Mic. Excel dan Mic. Power point.
Pelajar sedang menjalani kursus Asas Komputer
Pelajar memberi perhatian sepenuhnya kepada kursus

Pelajar didedahkan kepada penggunaan komputer
Kursus ini diberi secara percuma kepada pelajar OKU, ibu tunggal dan warga emas. Kepada sesiapa sahaja yang ingin mendaftar boleh la menghubungi Kolej Komuniti terdekat...
Daftar segera!!

Sunday, July 4, 2010

PROGRAM KOMUNITI PENYAYANG

PROGRAM KOMUNITI PENYAYANG

AJK PROGRAM KOMUNITI PENYAYANG




Program Komuniti Penyayang adalah merupakan salah satu program masyarakat prihatin yang dianjurkan oleh Kolej Komuniti Chenderoh bersama sekolah pendidikan khas iaitu Sekolah Kebangsaan Jenalik, Sekolah Kebangsaan Kampung Nasib dan Sekolah Kebangsaan Syeikh Idris Al Marbawi. Program ini dilaksanakan pada 23 Jun 2010 di Padang Sekolah Kebangsaan Kampung Nasib. Seramai 83 orang pelajar sekolah menyertai program ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah senamrobik, sukaneka,pertandingan seramik,pertandingan mewarna, futsal serta pameran hasil kerja sekolah-sekolah.

Program ini adalah kesinambungan daripada kursus-kursus yang dihadiri oleh pelajar-pelajar pendidikan khas di Kolej Komuniti Chenderoh. Antara kursus-kursus yang dihadiri oleh pelajar pendidikan khas adalah seperti kursus seramik, kraftangan, komputer, jahitan dan bermacam-macam lagi.
Acara sukaneka
Pertandingan melukis
Pertandingan Futsal
Pertandingan Seramik
Senamrobik


Program ini dirasmikan oleh Tn Hj Ibrahim Bin Alla Pitchay, Ketua Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat, KKCP. Turut dihadiri ialah Tn Haji Wahab, Ketua Penyelidik KKCP, Pengetua Sekolah Kebangsaan Kampung Nasib, PK HEM Sekolah Kebangsaan Syeikh Idris Al marbawi dan wakil dari jabatan pendidikan khas.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada AJK2 program yang bertungkus lumus menjayakan program ini. Tak lupa juga kepada cikgu2 sekolah yang turut sama bekerja keras.Jasa kalian semua tak akan ku lupakan....


Wednesday, June 30, 2010

KURSUS ASAS KOMPUTER

Kursus Asas Komputer dijalankan pada 30hb Jun 2010. Peserta adalah terdiri daripada 21 orang pelajar pendidikan khas Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggong, Perak. Tenaga pengajar adalah En. Mohamad Mursyeed Bin Ramli dan Penyelaras kursus adalah Pn Maisarah Ismail.



Guru turut sama membantu pelajar